MOHD Daud  (dua dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif ECG Capital Aswad Mahadzir (dua dari kiri) ketika majlis pelancaran Kad Keahlian Kenari Care di Pejabat KFA FC. FOTO Izzali Ismail
MOHD Daud (dua dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif ECG Capital Aswad Mahadzir (dua dari kiri) ketika majlis pelancaran Kad Keahlian Kenari Care di Pejabat KFA FC. FOTO Izzali Ismail
Izzali Ismail


Alor Setar: Pemilik utama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mengingatkan pemainnya agar berjuang berhabis-habisan dan tidak gentar berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman pada 19 Julai ini.

Menurutnya, skuad Sang Kenari melakukan persiapan terbaik selepas mendapat tonik kemenangan 3-0 ke atas Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dalam aksi Liga Super di laman sendiri pada Jumaat lalu.

"Kedah mengalu-alukan kedatangan JDT ke Stadium Darul Aman minggu ini dan kami akan membuat persiapan sebaik mungkin bagi meningkatkan mutu persembahan.

"Harapan saya pemain dapat mempamerkan aksi terbaik dan tidak gentar berdepan JDT dan saya mahu mereka berjuang habis-habisan susulan peningkatan prestasi dari satu perlawanan ke perlawanan yang lain," katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Kad Keahlian Kenari Care di Pejabat KFA FC, Wisma PKNK, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2024 @ 4:07 PM