Pemain Sepanyol, Pedri (kanan) beraksi menentang Croatia dalam saingan pusingan kedua Euro 2020 di Copenhagen. FOTO AFP
Pemain Sepanyol, Pedri (kanan) beraksi menentang Croatia dalam saingan pusingan kedua Euro 2020 di Copenhagen. FOTO AFP
AFP

Las Rozas de Madrid, Sepanyol: Penjaga gol, Unai Simon, Pau Torres (pertahanan) dan Pedri (tengah) akan mewakili Sepanyol di Olimpik selepas Euro 2020 umum Persekutuan Bolasepak Sepanyol hari ini.

Sepanyol sudah memilih Eric Garcia, Dani Olmo dan Mikel Oyarzabal dengan kesemua mereka membantu Sepanyol mara ke suku akhir kejohanan Eropah.

Sepanyol menyenaraikan Simon, Torres dan Pedri ketika mereka melakukan pemilihan akhir selepas skuad La Roja menewaskan Croatia, 5-3 selepas perlawanan berlanjutan ke masa tambahan dalam saingan 16 terakhir.

"Kami harus menunggu sehingga detik akhir," jelas jurulatih skuad bawah 21 tahun Sepanyol, Luis de la Fuente yang akan membimbing skuad Olimpik negara itu di Jepun.

Bagi saingan Olimpik, setiap negara akan memilih 18 pemain serta menyenaraikan empat pemain tambahan jika berlaku kecederaan.

Pasukan itu akan ke Jepun pada 13 Julai untuk berdepan Mesir, Argentina dan Australia dalam saingan Kumpulan C.

Senarai skuad Olimpik Sepanyol

Penjaga gol: Unai Simon (Athletic Bilbao), Alvaro Fernandez (Huesca), Alex Dominguez (Las Palmas)

Pertahanan: Oscar Mingueza (Barcelona), Jesus Vallejo (Real Madrid), Eric Garcia (Barcelona), Pau Torres (Villarreal), Oscar Gil (Espanyol), Marc Cucurella (Getafe), Juan Miranda (Real Betis)

Tengah: Jon Moncayola (Osasuna), Martin Zubimendi (Real Sociedad), Dani Ceballos (Real Madrid), Mikel Merino (Real Sociedad), Carlos Soler (Valencia), Pedri (Barcelona)

Penyerang: Bryan Gil (Sevilla), Marco Asensio (Real Madrid), Dani Olmo (Leipzig), Mikel Oyarzabal (Real Sociedad), Rafa Mir (Wolves/ENG), Javi Puado (Espanyol)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Jun 2021 @ 9:36 PM