MARTINEZ juga boleh bermain di bahagian tengah. FOTO Agensi
MARTINEZ juga boleh bermain di bahagian tengah. FOTO Agensi
Reuters

Manchester: Manchester United mencapai persetujuan dengan juara Eredivisie, Ajax Amsterdam untuk menandatangani pertahanan tengah Argentina, Lisandro Martinez dengan harga £45 juta (RM237, lapor BBC pada hari ini.

Laporan itu menambah bahawa Martinez sudah ke Manchester untuk menjalani pemeriksaan perubatan sebelum berpindah.

Pemain berusia 24 tahun itu, yang juga boleh bermain di bahagian tengah dan akan menjadi pembelian ketiga pengurus Erik ten Hag berikutan ketibaan bek kiri Belanda, Tyrell Malacia dan pemain tengah Denmark, Christian Eriksen.

Dia adalah tonggak penting untuk Ajax musim lalu, dengan membuat 36 penampilan dalam semua pertandingan dan membantu mereka merangkul kejuaraan liga dan naib juara Piala Belanda.

Ten Hag bekerjasama dengan Martinez selama tiga musim di Ajax selepas pemain itu berpindah ke Belanda dari kelab Argentina, Defensa y Justicia pada Mei 2019.

Martinez membuat 118 penampilan kesemuanya untuk kelab Belanda itu.

Dia juga sudah tujuh kali bermain dengan pasukan kebangsaan Argentina dan diharapkan dapat memperkukuhkan pertahanan United, yang dibolosi 57 gol musim lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Julai 2022 @ 9:35 PM