ANTOINE Griezmann kecewa selepas percubaannya tersasar. FOTO AFP
ANTOINE Griezmann kecewa selepas percubaannya tersasar. FOTO AFP
AFP

Budapest: Cristiano Ronaldo menyempurnakan dua sepakan penalti untuk menyamai rekod jaringan terbanyak di peringkat antarabangsa seterusnya membantu Portugal mara ke pusingan kedua Euro 2020 selepas mencatatkan keputusan seri menentang Perancis di Budapest.

Portugal akan bertemu pasukan nombor satu dunia Belgium dalam aksi kalah mati yang pertama di Seville Ahad ini.

Skuad Fernando Santos mara selepas menjadi salah satu dari empat pasukan terbaik di kedudukan ketiga buat kali kedua di Euro dari Kumpulan F untuk berada di belakang Perancis dan Jerman yang turut layak selepas mencatatkan keputusan penuh dramatik 2-2 menentang Hungary di Munich.

"Kami melakukan semua yang saya mahu mereka lakukan (tewas 2-4) menentang Jerman. Keputusan itu sangat adil," kata Santos.

Ronaldo memimpin pasukannya selepas setengah jam beraksi apabila menyempurnakan sepakan penalti sebelum Perancis bangkit semua menyamakan kedudukan menerusi Karim Benzema yang meledakkan dua gol di separuh masa pertama.

Ronaldo muncul wira Portugal apabila menyempurnakan penalti kedua ketika saingan berbaki 30 minit sebelum tamat.

Ia adalah gol kelima buat Ronaldo, 36, di peringkat kumpulan dan yang ke-14 di Euro untuk menyamai rekod bekas penyerang Iran, Ali Daei pada penampilan yang ke-178 di peringkat antarabangsa.

Juara dunia Perancis akan bertemu Switzerland di Bucharest Isnin ini.

"Ia satu pertarungan dan tidak mudah," kata jurulatih Didier Deschamps.

"Kami cuba untuk menang dan pada akhir perlawanan dan selepas mengetahui keputusan Jerman, itu membolehkan kami muncul juara kumpulan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Jun 2021 @ 7:12 AM