MOHD Firdaus (dua, kanan) dan Persatuan Bolasepak Melayu Melaka (Baru) Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali (dua, kiri) menunjukkan Piala Emas Raja-Raja dan Piala Agong selepas sidang akhbar majlis pelancarannya di Ayer Keroh lewat malam tadi. FOTO BERNAMA
MOHD Firdaus (dua, kanan) dan Persatuan Bolasepak Melayu Melaka (Baru) Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali (dua, kiri) menunjukkan Piala Emas Raja-Raja dan Piala Agong selepas sidang akhbar majlis pelancarannya di Ayer Keroh lewat malam tadi. FOTO BERNAMA
Nazri Abu Bakar

Melaka: Melaka bakal menjadi tuan rumah Kejohanan Piala Emas Raja-Raja Kali ke-102 membabitkan 16 pasukan dalam saingan secara karnival selama dua minggu, Oktober depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) merangkap Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed berkata, persatuan berkenaan berusaha mengekalkan prestij kejohanan piala emas yang dilihat terus relevan dalam melahirkan pemain bola sepak terbaik negara.

Katanya, juara dan naib juara akan membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 dengan syarat penyertaan membabitkan pemain berusia 25 tahun ke bawah.

"Kejohanan ini ini agak berbeza kerana kebiasaan diadakan di empat negeri secara zon namun kali ini secara karnival dalam usaha memberi penghormatan tinggi kepada Melaka sempena Tahun Melawat Melaka (TMM2024).

"Saingan di Melaka membabitkan ahli gabungan dan skuad jemputan SPRM, Bomba Malaysia dan Akademi Bolasepak Moktar Dahari (AMD) dengan venue perlawanan berlangsung di Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Stadium Hang Tuah, Sekolah Sukan Negeri (SSN) Seri Kota dan Stadium Tun Fatimah," katanya pada sidang media di Ayer Keroh.

Hadir sama Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Melaka (Baru) Datuk Mohd Ridhwan Tun Mohd Ali, Setiausaha Agung PBMM, Nazri Hussain dan Naib Presiden PBMM, Ku Besry Ku Aziz Naib.

Sementara itu, Mohd Ridhwan berkata, berkata, Melaka menerima tawaran menjadi tuan rumah dalam usaha memeriahkan sambutan TMM2024 sekali gus membolehkan keluarga bola sepak berkampung dibandaraya Melaka dan meraikan sambutan berkenaan.

Menurutnya, sebagai tuan rumah pihaknya berusaha menjadi yang terbaik dalam penganjuran berkenaan dalam masa sama menyasarkan untuk muncul juara edisi ke-102 berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Jun 2024 @ 4:43 PM