PENYERANG Sri Pahang, Kpah Sherman (kiri) cuba melepasi kawalan pemain KDN FC pada perlawanan malam tadi. FOTO KDN FC
PENYERANG Sri Pahang, Kpah Sherman (kiri) cuba melepasi kawalan pemain KDN FC pada perlawanan malam tadi. FOTO KDN FC
Nor Amalina Alias


Kota Bharu: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) menunjukkan aksi menarik meskipun tewas 0-1 kepada Sri Pahang FC pada aksi pramusim di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam tadi.

Penolong ketua jurulatih KDN FC, Rezal Zambery Yahya berkata, pihaknya berpuas hati dengan prestasi dipamerkan memandangkan ia perlawanan kedua mereka setakat ini, namun banyak lagi perlu diperbaiki.

Katanya, banyak perkara positif dipamerkan terutama peningkatan kecergasan pemain dan mereka turut bersungguh-sungguh untuk mencipta peluang menjaringkan gol.

"Kita nampak kesungguhan pemain, cuma sedikit kesilapan menyebabkan kita dibolosi lawan dan kita turut gagal menyempurnakan sepakan penalti.

"Kita mempunyai baki dua minggu lagi untuk mempersiapkan pasukan menjelang perlawanan sulung Liga Super menentang Sri Pahang pada 11 Mei nanti," katanya.

Katanya, pemain import, Chadrack Muzungu Lukombe hanya cedera ringan dan pemain antarabangsa Palestin, Oday Kharoub turut memiliki sifat kepimpinan yang baik apabila dilantik sebagai kapten.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2024 @ 9:31 PM