EMPAT pemain muda Korea Selatan yang menyarung jersi KDN FC bagi saingan musim ini. FOTO KDN FC
EMPAT pemain muda Korea Selatan yang menyarung jersi KDN FC bagi saingan musim ini. FOTO KDN FC
Nor Amalina Alias


Kota Bharu: Empat pemain muda Korea Selatan sah mengisi kuota pemain import Kelantan Darul Naim Football Club (KDN FC) bagi musim 2024/2024.

Penyertaan empat pemain muda 'kimchi' itu dalam skuad Kijang Emas disahkan pengurusan KDN FC dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Presiden KDN FC, Rozi Muhamad berkata, mereka mengikat bek muda kelab K League 1, Daegu FC, Ri-Gwan Kim bagi memperkukuh jentera pertahanan pasukan.

Katanya, tiga lagi pemain senegara adalah aslaag Ahoe Koo (22 tahun), Bae Kyeong Hwan (22 tahun) dan Jung Byung Ju (21 tahun).

"Kita pilih mereka bukan sahaja untuk bersaing di kejohanan tertinggi bola sepak Malaysia, tetapi membolehkan pasukan Bawah 23 Tahun (B-23) turut bersaing hebat," katanya.

Ri-Gwan Kim, 20, adalah bakat muda dalam Liga Korea yang menamatkan karier remaja B-18 Daegu FC, dan diserap masuk ke skuad simpanan kelab divisyen 1 Korea.

Rozi berkata, semua import kecuali Ahoe Koo adalah pertama kali beraksi di luar negara.

"Pemilihan mereka adalah nasihat jurulatih yang dilantik sewaktu kelab berada di Korea, bulan lalu," katanya.

KDN FC kini mempunyai lima import bagi menghadapi Liga Super 2024/2025 termasuk pemain kebangsaan Palestin, Oday Kharoub.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mac 2024 @ 6:27 PM