Pengurus PSG Luis Enrique - Reuters
Pengurus PSG Luis Enrique - Reuters
Reuters

Paris: Pengurus Paris Saint Geramin (PSG) Luis Enrique tidak cepat melatah kerana yakin pasukannya mampu bangkit walaupun tewas 2-3 kepada Barcelona pada pertemuan pertama suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Pasukan yang berpengkalan di Perancis itu masih mencari gelaran juara pertama Liga Juara-Juara namun ternyata PSG gagal manfaat peluang walaupun satu ketika mendahului perlawanan 2-1.

"Adalah jelas bahawa semua kekalahan menyakitkan dan menjengkelkan, tetapi saya percaya kami bermain dengan baik menentang pasukan yang sangat kuat," kata Enrique pada sidang akhbar.

"Kami hanya akan mengubah perkara dilihat gagal, kami sentiasa perlu menghargai apa erti perlawanan sebesar ini.

"Kami akan ke Barcelona dengan impian besar. Ia adalah pandangan positif untuk berfikir bahawa boleh menang di sana. Ia akan menjadi perlawanan akhir untuk kami. Saya yakin dengan pasukan saya."

Luis Enrique enggan mengulas mengenai prestasi Kylian Mbappe, kerana kapten Perancis itu dibelenggu pertahanan Barcelona dan memberi sedikit impak kepada permainan.

Pengurus berasal dari Sepanyol itu, yang memenangi 'treble' bersama Barcelona pada 2015, berkata pasukannya berhak untuk menang dan Barcelona tidak semestinya menjadi pilihan walaupun dengan kemenangan memihak kepada mereka selain kelebihan sebagai tuan rumah.

"Kami akan pergi ke Barcelona untuk berperang," katanya.

"Saya tidak pernah melihat lawan (Barcelona) sebagai pilihan, siapa pun mereka. Dalam pertemuan peringkat tertinggi, itulah yang saya lihat. Saya akan terus percaya bahawa kami akan pergi ke Barcelona untuk memenangi perlawanan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 April 2024 @ 11:21 AM