AKSI pemain tengah bertahan Manchester City, Rodri. FOTO Agensi
AKSI pemain tengah bertahan Manchester City, Rodri. FOTO Agensi
Agensi

London: Tonggak tengah Manchester City, Rodri mengigatkan rakan sepasukan mengelak daripada melakukan sebarang kesilapan apabila turun menentang Arsenal malam esok.

Kata pemain Sepanyol itu, ia penting dalam misi pasukan itu memburu gelaran treble buat kali kedua berturut-turut.

"Ia perlawanan yang sangat, sangat penting. Saya tidak mengatakan ia akan menjadi penentu, tetapi ia akan menjadi sangat penting untuk pertarungan mental dalam erti kata jika kami dapat menewaskan mereka ia akan menjadi sangat penting untuk keyakinan kami.

"Kami akan menunjukkan kepada mereka bahawa kami adalah juara bertahan. Bukan sahaja perlawanan ini seperti perlawanan akhir, semuanya dari sekarang hingga akhir musim.

"Kami masih lagi bersaing dalam setiap pertandingan, tetapi mana-mana perlawanan yang anda kalah boleh menyebabkan anda tidak dapat bertanding. Itulah tahap intensiti yang dituntut dalam saingan liga ini daripada setiap pasukan.

"Untuk mengejar antara 90 dan 100 mata untuk bergelar juara, jadi kami perlu memenangi hampir setiap perlawanan dan itu bermula menentang Arsenal yang kini pendahulu liga," katanya.

Kemenangan ke atas Arsenal bakal meletakkan City dilandasan tepat untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali keempat berturut-turut yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mac 2024 @ 10:45 AM