PENGALAMAN Fadhli pasti ditagih untuk mengukuhkan benteng Sri Pahang FC. FOTO SRI PAHANG FC
PENGALAMAN Fadhli pasti ditagih untuk mengukuhkan benteng Sri Pahang FC. FOTO SRI PAHANG FC
Asrol Awang


Kuantan: Pemain pertahanan Sri Pahang FC, Fadhli Shas sedia menerima segala keputusan berhubung status dalam skuad utama bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Pemain berpengalaman itu berkata, segala-galanya diserahkan 100 peratus kepada ketua jurulatih, Fandi Ahmad kerana misi utama untuk memastikan Tok Gajah pada musim baharu ini memiliki skuad yang mantap.

"Bagi saya tiada istilah pemain utama pada diri saya kerana percaya setiap pemain yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk beraksi akan memberikan yang terbaik.

"Namun, sebagai pemain pertahanan, sudah pasti saya akan berusaha untuk memperbaiki rekod bolos serta mengatasi kelemahan diri untuk memastikan kubu Sri Pahang musim baharu ini lebih kukuh.

"Daripada segi pencapaian individu pula, matlamat saya ialah untuk mencatat rekod lebih baik berbanding musim lalu," katanya.

Musim lalu, Fadhli menjadi tonggak utama Sri Pahang dalam membantu mengukuhkan benteng skuad itu.

Kali ini, kehadiran beberapa pemain baharu termasuk import dari Serbia, Aleksandar Cvetkovic sudah pasti menyaksikan skuad Tok Gajah akan lebih mantap.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mac 2024 @ 7:06 PM