NASRULLAH Hanif (kanan) kekal bersama NSFC. FOTO NSFC
NASRULLAH Hanif (kanan) kekal bersama NSFC. FOTO NSFC
Mohd Amin Jalil


Seremban: Bekas penolong kapten Negeri Sembilan FC (NSFC), Nasrullah Hanif Johan terus mendapat kepercayaan apabila khidmatnya terus ditagih kelab itu bagi kempen Liga Malaysia (Liga M) 2024-2025.

Jurucakap NSFC memaklumkan, pemain pertahanan tengah itu akan meneruskan khidmatnya bersama skuad Hobin Jang Hobin untuk musim ini.

"Nasrullah Hanif akan terus berkhidmat bersama Negeri Sembilan untuk musim ini. Dia kembali bersama Negeri Sembilan sejak 2021 dan membantu pasukan menjulang kejuaraan Liga Perdana pada musim berkenaan.

"Pada musim lalu, Nasrullah Hanif beraksi dalam 26 perlawanan dan membantu Negeri Sembilan menamatkan saingan Liga Super di tangga kesembilan," katanya.

Pemain berusia 33 tahun itu sebelum ini menjelaskan dia mahu kekal bersama NSFC bagi membantu pasukan itu meraih pencapaian lebih baik musim ini.

Peranan Nasrullah Hanif dalam skuad bimbingan K Devan begitu ketara pada musim lalu apabila menggalas tugas kapten pasukan dalam sebahagian besar perlawanan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia susulan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak dibelenggu kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2024 @ 8:09 PM