PEMAIN daerah Port Dickson ceria selepas muncul juara Piala Tuanku 2024, malam tadi. FOTO PEJABAT MB
PEMAIN daerah Port Dickson ceria selepas muncul juara Piala Tuanku 2024, malam tadi. FOTO PEJABAT MB
Mohd Amin Jalil


Seremban: Pasukan Port Dickson muncul juara Piala Tuanku 2024 selepas membenam Jelebu 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti, dalam perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sepanjang tempoh 120 minit permainan termasuk masa tambahan, namun ketumpulan jentera serangan selain kekebalan bahagian pertahanan menangkis setiap serangan menyaksikan perlawanan berakhir 0-0.

Kemenangan itu membolehkan Port Dickson yang membawa pulang piala dan wang tunai RM10,000.

Kejohanan anjuran Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) itu disertai setiap daerah membabitkan Port Dickson, Jempol, Seremban, Jelebu, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Penyelaras kejohanan, Nik Shazly Anuar berkata, kejohanan itu diadakan setiap tahun sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang disambut pada 14 Januari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Februari 2024 @ 8:22 PM