REGUILON membuat 12 penampilan ketika dipinjamkan ke Manchester United pada September lalu. FOTO REUTERS
REGUILON membuat 12 penampilan ketika dipinjamkan ke Manchester United pada September lalu. FOTO REUTERS
Reuters

London: Bek kiri Tottenham Hotspur dari Sepanyol, Sergio Reguilon menyertai Brentford secara pinjaman hingga akhir musim ini, hari ini, selepas gagal menyerlah di Manchester United.

"Sergio adalah pemain sempurna dan sesuai dengan kami, terbukti sebagai pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam pelbagai aspek. Dia sesuai dengan kemahuan kami. Bagus apabila menyerang, membuat hantaran lintang dan memiliki kaki kiri yang bagus," kata pengurus Brentford, Thomas Frank menerusi laman web kelab itu.

Reguilon yang juga pemain antarabangsa Sepanyol menyertai Tottenham dari Real Madrid pada 2020 dan dipinjamkan semusim ke Sevilla, tetapi dia bergelut mengekalkan prestasi pada musim kedua.

Dia dipinjamkan ke United pada September dan membuat 12 penampilan bersama skuad bimbingan Erik ten Hag itu.

"Dia memiliki pengalaman yang kami perlukan untuk mengukuhkan pasukan dan turut memiliki karakter," kata Frank.

"Kami perlukannya, tetapi saya fikir dia perlukan kami membuktikan tahap sebenarnya dalam bola sepak. Saya yakin ini akan menjadi gandingan yang positif."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 January 2024 @ 7:34 AM