SANCHO dipinjamkan ke Dortmund. FOTO REUTERS
SANCHO dipinjamkan ke Dortmund. FOTO REUTERS
Agensi

London: Jadon Sancho mencetuskan kekecohan di media sosial selepas dia dirakam memohon maaf menerusi video yang disiarkan Borussia Dortmund selepas dipinjamkan dari Manchester United.

Pemain antarabangsa England itu menyertai semula pasukan Bundesliga berkenaan, yang membayar yuran pinjaman £3 juta (RM17.7 juta), selepas dia diketepikan daripada skuad United.

Erik ten Hag mahukan permohonan maaf daripada Sancho, selepas pemain sayap itu menegaskan dakwaan daripada pengendali Belanda itu bahawa tahap latihannya tidak mencapai standard adalah tidak benar sama sekali.

Ten Hag tidak mendapat permohonan maaf yang boleh menyebabkan Sancho kembali ke skuad United.

Bagaimanapun, kurang 24 jam selepas Sancho dipinjamkan kembali ke Borussia Dortmund, sebuah video menjadi viral di mana dia mengemukakan permohonan maaf sebanyak dua kali dalam beberapa saat.

Video yang disiarkan oleh kelab Bundesliga itu menunjukkan Sancho ditunjukkan sekitar kemudahan yang ada di Dortmund ketika melengkapkan ujian perubatan.

Sancho kemudian dilihat menaiki mesin basikal, dengan seseorang kedengaran berkata: "Pemeriksaan perubatan terkini."

Pemain sayap itu kemudian tertawa sebelum berkata: "Maaf, saya minta maaf."

Video itu menarik perhatian peminat bola sepak, yang menyaksikan Sancho memohon maaf kepada kakitangan Dortmund tetapi tidak kepada kepada Ten Hag.

Seorang peminat menulis: "Dia sudah belajar bagaimana untuk meminta maaf... jika dia belajar bagaimana untuk memperkatakannya tiga bulan lalu, semua ini tidak akan berlaku."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 January 2024 @ 10:27 PM