KHAIRUDIN hadir ke SNBJ dengan gaya unik. -FOTO NSTP
KHAIRUDIN hadir ke SNBJ dengan gaya unik. -FOTO NSTP
AIMI Nadiah bersama suaminya menyaksikan perlawanan JDT menentang TFC malam ini. -FOTO NSTP
AIMI Nadiah bersama suaminya menyaksikan perlawanan JDT menentang TFC malam ini. -FOTO NSTP
DEMI JDT Ariffin sanggup meluangkan masa untuk hadir ke SNBJ biarpun berstatus OKU. -FOTO NSTP
DEMI JDT Ariffin sanggup meluangkan masa untuk hadir ke SNBJ biarpun berstatus OKU. -FOTO NSTP
Oleh Firdaus Hashim dan Lydia Saiful


Kuala Lumpur: Biarpun tidak sempurna seperti individu lain, Mohammad Ariffin Roslee tetap semangat untuk hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) walaupun berada dalam serba kekurangan.

Semangat yang ditunjukkan oleh Ariffin, 36, yang juga orang kurang upaya (OKU) dilihat cukup bersemangat untuk menyokong pasukan pilihannya skuad Johor Darul Ta'zim (JDT).

Dia yang berkerusi roda dan ditemani oleh isterinya mengakui teruja hadir di venue keramat Harimau Malaya itu bagi menyaksikan aksi final Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC (TFC), malam ini.

"Saya datang ke SNBJ ini untuk menyokong JDT tetapi saya juga menyokong pihak lawan, TFC.

"Selain itu, baru-baru ini ada Hari OKU. Saya ingin menekankan bahawa kita juga mampu memberikan sokongan kepada negeri-negeri kita sendiri walaupun serba kekurangan," katanya.

Sementara itu, seorang penyokong wanita TFC, Aimi Nadiah Aminuddin berkata, "Saya datang ke sini dari Terengganu untuk menyokong skuad TFC.

"Saya mengharapkan TFC memenangi perlawanan malam ini iaitu 3-2. Bagaimanapun, keputusan akhir perlawanan perlu diterima oleh kedua-dua penyokong kerana skuad mereka sudah buat yang terbaik," kata Aimi.

Bagi Mohd Khairudin Alias pula, dia yang hadir untuk menyokong TFC menjelaskan keunikan topi caping atau dikenali sebagai topi petani sawah direka khas olehnya untuk aksi final itu.

Selain mewarnakan topi dengan warna hitam putih, dia turut meletakkan bendera Palestin sebagai tanda sokongan kepada negara bergolak itu.

"Saya bersemangat memakai topi yang ada bendera Palestin dan Terengganu di mana walaupun sibuk dengan perlawanan ini juga tidak lupa dengan negara itu.

"Saya meramalkan TFC menentang malam ini dengan 2-0. Untuk yang menyasarkan gol malam ini, saya rasa Ivan Mamud dan syahmi Zamri," katanya Khairudin.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Disember 2023 @ 7:42 PM