RICE melompat kegembiraan selepas berjaya meledakkan gol kemenangan Arsenal. FOTO Reuters
RICE melompat kegembiraan selepas berjaya meledakkan gol kemenangan Arsenal. FOTO Reuters
Reuters

Luton: Tandukan Declan Rice pada masa kecederaan membolehkan Arsenal mencatat kemenangan tipis 4-3 ke atas Luton Town bagi membolehkan mereka memiliki kelebihan lima mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Masa hampir tamat apabila Rice mendapat ruang untuk menjaringkan gol menerusi tandukan dan ia adalah aksi terakhir perlawanan itu sekali gus, mencetuskan kegembiraan untuk pelawat tetapi reaksi berbeza.

Tiada apa-apa yang menarik pada 20 minit awal di Kenilworth Road tetapi permainan itu memuncak apabila rembatan Gabriel Martinelli hasil hantaran Bukayo Saka meletakkan Arsenal di hadapan.

Luton membalas lima minit kemudian dengan Gabriel Osho melakukan tandukan melepasi David Raya hasil sepakan sudut Alfie Doughty.

Saka dan Martinelli kedua-duanya menyaksikan percubaan mereka dinafikan oleh Thomas Kaminski tetapi Arsenal mendahului sekali lagi sebelum rehat dengan Gabriel Jesus menanduk masuk dari jarak dekat.

Luton menggegarkan gawang Arsenal apabila Elijah Adebayo menanduk masuk satu lagi sepakan sudut pada minit ke-49 sebelum Andros Townsend bergandingan dengan bekas pemain antarabangsa England, Ross Barkley lapan minit kemudian untuk melakukan rembatan rendah di menewaskan Raya.

Bagaimanapun, kegembiraan Luton terganggu apabila Kai Havertz meledak gol penyamaan selepas aksi berlangsung selama sejam dan Rice kemudiannya meledakkan gol sensasi buat Arsenal.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Disember 2023 @ 6:50 AM