AKSI Townsend melepasi kawalan pertahanan Manchester  United Luke Shaw sebelum menjaringkan  gol di  Old Trafford  pada 9 September, 2020.
AKSI Townsend melepasi kawalan pertahanan Manchester United Luke Shaw sebelum menjaringkan gol di Old Trafford pada 9 September, 2020.
Agensi

London: Bintang kelab Luton Town, Andros Townsend mendedahkan kaki ayam menjadi sebahagian daripada menu makan malamnya pada setiap hari.

Townsend masih beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) pada usia 32 tahun dan percaya dia temui rahsia di sebalik kemampuan bersaing pada tahap tertinggi dengan merujuk diet pemakanannya.

Bekas pemain antarabangsa England itu berkata, dia makan kaki ayam stim pada setiap malam kerana kolagennya yang bagus untuk kekuatan sendi selain kecantikan kulit.

Menurut Townsend dalam satu program temubual: "Setiap hari ketika makan malam saya nikmati kaki ayam masak stim.

"Dalamnya ada tulang rawan yang mengandungi kolagen yang mempunyai banyak khasiat. Malah ada yang menjadikannya dalam bentuk pil dan suntikan."

Ketika ditanya di mana dia mendapatkan kaki ayam itu, bekas pemain Tottenham itu berkata: "Dalam talian.

"Yeah, saya membelinya dalam jumlah yang banyak dalam bentuk sejuk beku. Anda boleh merebusnya. Saya masak stim dalam oven 20 minit dan rasanya seperti kepak ayam."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 November 2023 @ 4:02 PM