PENGURUS Newcastle, Eddie Howe. -FOTO AFP
PENGURUS Newcastle, Eddie Howe. -FOTO AFP
AFP

London: Pengurus Newcastle, Eddie Howe berkata beliau tidak pernah memikirkan untuk membalas dendam apabila turun beraksi dalam perlawanan Piala Liga menentang Manchester United dalam apa yang dilihat sebagai perlawanan ulangan final musim lalu.

Newcastle tewas 0-2 di Wembley Februari lalu ketika mereka berusaha untuk menjulang trofi domestik pertama sejak 1955 dan kini terpaksa menunggu sekurang-kurangnya satu musim lagi.

Pasukan Erik ten Hag kini pasti berada dalam kekecewaan selepas tewas 0-3 dalam perlawanan derby Manchester hujung minggu lalu.

Tetapi Howe menegaskan bahawa beliau tidak memikirkan untuk menambah derita United dan membalas dendam bukanlah misi utamanya.

"Ia bukan satu perkara utama kerana saya duduk di sini sekarang," katanya.

"Fokus kami hanya untuk cuba membuat persediaan dan memenangi perlawanan. Satu kemenangan akan membawa kami ke suku akhir pertandingan."

Walaupun United berdepan prestasi buruk, Howe percaya anak buah Ten Hag masih berjuang untuk tujuan itu.

"Mereka melakar beberapa keputusan yang sangat baik kebelakangan ini dan memenangi beberapa perlawanan. Mereka menunjukkan watak dan semangat sebenar dalam detik-detik sukar yang akan datang melalui cabaran itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Oktober 2023 @ 9:39 PM