PERMUKAAN padang SNBJ yang sudah dibaiki.
PERMUKAAN padang SNBJ yang sudah dibaiki.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Semua nampak sempurna dan berharap permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kekal baik sehingga tamat aksi.

Itu harapan Arena Metro selepas meninjau permukaan padang SNBJ ketika aksi final Pestabola Merdeka antara Malaysia dan Tajikistan hanya berbaki kira-kira sejam sebelum dimulakan.

Berdasarkan pemerhatian, tiada lagi tompok-tompok mahupun rumput tercabut.

Sebaliknya semua tampak elok dan dilihat bersedia untuk 'menyambut' aksi kedua-dua pasukan itu.

Sebelum ini, pada aksi skuad Harimau Malaya dan India menyaksikan rumput di SNBJ tercabut hingga mengganggu rentak permainan pasukan.

Susulan itu, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dikritik hebat oleh penyokong negara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Oktober 2023 @ 7:54 PM