JESUS meraikan gol ketiga Arsenal ketika mereka menewaskan United 3-1. -FOTO AFP
JESUS meraikan gol ketiga Arsenal ketika mereka menewaskan United 3-1. -FOTO AFP
AFP

London: Declan Rice menjaringkan gol pertamanya bersama Arsenal dan Gabriel Jesus menggandakan kelebihan buat The Gunners apabila menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk menewaskan Manchester United 3-1 awal pagi tadi.

Bagaimanapun Marcus Rashford meletakkan pelawat mendahului di Emirates tetapi kapten Arsenal, Martin Odegaard menyamakan kedudukan beberapa saat kemudian.

Pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti pada separuh masa kedua namun dibatalkan selepas pemeriksaan VAR dan United dinafikan kemenangan apabila pemain gantian Alejandro Garnacho dikatakan ofsaid oleh VAR.

Naib juara Liga Perdana tahun lalu terus memberikan tekanan sepanjang lapan minit masa tambahan.

Kerja keras mereka akhirnya berbaloi pada minit ke-96 apabila pemain tengah baru Rice merembat masuk melepasi Andre Onana, hasil bola lantunan pemain United, Jonny Evans.

Arsenal terus mengganas apabila pemain gantian Jesus meledak gol minit terakhir menewaskan Onana sehingga membuatkan United terkejut.

"Kami bekerja dan melakukan semua yang kami lakukan setiap hari untuk saat-saat seperti ini," kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta yang memuji pasukannya kerana sikap mereka yang tidak pernah putus asa hingga ke saat akhir.

"Ini adalah sukan di peringkat tertinggi, ia adalah mengenai margin kecil. Ia boleh jadi apa saja.

"Jelas sekali saya sangat gembira. Mereka adalah pasukan yang hebat, dilatih dengan baik dan mereka menyusahkan anda. Apabila kami melepaskan gol yang kami lakukan anda selalu melawannya."

Keputusan itu meletakkan Arsenal di tangga kelima dalam senarai selepas kemenangan ketiga dalam empat perlawanan, dua mata di belakang pendahulu Manchester City, manakala United di tangga ke-11.

Sementara itu Arteta yakin dengan kualiti skuad Arsenal dan Rice, pemain yang dibeli pada harga £105 juta pound (RM614.94 juta) dari West Ham itu akan lebih kerap menjaringkan gol.

"Dia (Rice) mempunyai kebolehan teknikal dan ketajaman dalam menyempurnakan peluang terhidang. Dia mempunyai jarak dan ketepatan serta boleh menggunakan kedua-dua kakinya," kata Arteta.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 September 2023 @ 7:49 AM