INSIDEN cium yang berlaku ketika majlis penyampaian trofi dan pingat Piala Dunia Wanita baru-baru ini. FOTO Reuters
INSIDEN cium yang berlaku ketika majlis penyampaian trofi dan pingat Piala Dunia Wanita baru-baru ini. FOTO Reuters
Reuters

Madrid: Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF) akan bermesyuarat segera esok ketika presidennya, Luis Rubiales, berdepan penggantungan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) dan mendapat kritikan meluas berikutan insiden beliau mencium seorang pemain Sepanyol selepas Piala Dunia Wanita.

Rubiales dengan tegas enggan meletak jawatan berhubung insiden dengan pemain Jenni Hermoso Ahad lalu di Sydney, berkata ciuman itu adalah konsensual (suka sama suka).

Pemain dan beberapa jurulatih dalam skuad wanita menuntut Rubiales meletak jawatan, dan kerajaan juga mahu beliau meninggalkan jawatannya.

RFEF memanggil persekutuan serantau untuk mengadakan mesyuarat 'luar biasa esok untuk menilai keadaan di mana arah tuju mereka berikutan penggantungan Rubiales.

Fifa membuka prosiding tatatertib terhadap Rubiales minggu ini dan mengumumkan semalam bahawa Rubiales digantung selama tiga bulan daripada aktiviti bola sepak kebangsaan dan antarabangsa sementara menunggu siasatan.

Rubiales, 46, berkata beliau akan menggunakan siasatan Fifa untuk membuktikan tidak bersalah.

Jenni, yang berkata dia tidak bersetuju dengan ciuman itu dan berasa menjadi mangsa sekali gus mendapat sokongan bukan sahaja oleh pemain tetapi orang ramai.

Dia muncul dalam kalangan penonton pada perlawanan akhir Piala Wanita antara Atletico Madrid dan Milan dengan disambut tepukan oleh peminat.

Pemain pada perlawanan itu memegang sepanduk bertulis: 'Bersama anda Jennifer Hermoso'.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2023 @ 10:26 PM