RUBIALES berdepan kritikan selepas tindakan mencium Jenni. FOTO Reuters
RUBIALES berdepan kritikan selepas tindakan mencium Jenni. FOTO Reuters
AFP

Barcelona: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) menggantung Presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF), Luis Rubiales.

Keputusan itu dibuat kerana Rubiales mencium bibir tonggak Piala Dunia Wanita Sepanyol, Jenni Hermoso, dan melarang beliau daripada berhubung dengan pemain itu.

"(Kami) memutuskan hari ini untuk menggantung sementara Luis Rubiales daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," kata badan induk bola sepak dunia itu dalam satu kenyataan, menjelaskan ia akan berkuatkuasa selama 90 hari, sementara menunggu prosiding tatatertib.

Sebelum itu, RFEF mengeluarkan kenyataan berdiri teguh di belakang Rubiales, walaupun beliau berdepan kritikan kerana memegang kepala pemain, Jenni dan mencium bibirnya selepas kemenangan Piala Dunia Wanita.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada awal pagi, persekutuan berkata ia akan mengambil tindakan undang-undang untuk mempertahankan Rubiales dan berkata ia akan menunjukkan terdapat pembohongan mengenai apa yang berlaku terhadap Jenni atau orang yang bercakap untuknya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Ogos 2023 @ 9:23 PM