TIERNEY tidak lagi diperlukan Arsenal.
TIERNEY tidak lagi diperlukan Arsenal.
Agensi

London: Arsenal bersiap sedia menjual empat pemain bagi menambahkan dana perpindahan pada musim panas, menurut laporan semalam.

Gunners sibuk pada jendela perpindahan apabila menandatangani Kai Havertz, Jurrien Timber, Declan Rice dan David Raya.

Tetapi Mikel Arteta kini mahu melepaskan beberapa pemain dalam usaha pengendali dari Sepanyol itu menambah dana pembelian pemain baharu.

Menurut Football Insider, pertahanan kiri Kieran Tierney dibenar mencari pasukan baharu pada musim panas susulan disisihkan daripada skuad ketika menentang Nottingham Forest.

Laporan turut menyebut Rob Holding, Nicolas Pepe dan Nuno bakal meninggalkan Emirates selepas tidak tersenarai dalam skuad 23 pemain yang menewaskan Forest 2-1 Sabtu lalu.

Arteta juga dikatakan mencari seorang lagi penyerang sebelum tarikh akhir perpindahan dalam tempoh dua minggu lagi.

Untuk itu, kelab London terbabit perlu melepaskan beberapa pemain bagi mematuhi Peraturan Kewangan Fair Play.

Arsenal dilaporkan menolak bidaan kelab Turki Besiktas untuk mendapatkan Holding pada awal musim panas manakala Tierney menarik perhatian Newcastle.

Dalam masa sama Arsenal turut dikaitkan dengan pertahanan Manchester City Aymeric Laporte susulan spekulasi pertahanan tengah Gabriel Magalhaes mungkin berpindah ke Arab Saudi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Ogos 2023 @ 9:31 AM