KANE tolak kontrak baharu dengan Spurs.
KANE tolak kontrak baharu dengan Spurs.
Agensi

London: Presiden Kehormat Bayern Munich Uli Hoeness yakin kapten England Harry Kane akan berpindah ke kelab itu dari Tottenham pada musim panas ini.

Hoeness, bekas presiden Bayern yang baru-baru ini kembali berperanan sebagai penasihat memberitahu wartawan ketika sesi latihan pasukan semalam, penyerang itu sudah pun membuat keputusan menyertai gergasi Bavaria dan rundingan dengan pengerusi Tottenham Daniel Levy masih berjalan.

Hoeness berkata ahli lembaga pengarah Karl-Heinz Rummenigge dan ketua eksekutif Jan-Christian Dreesen kerap menghubungi Kane dan wakilnya.

"Buat masa ini Harry dengan jelas dalam semua rundingan sudah ada keputusan dan jika ia kekal, kami akan memperolehnya," kata Hoeness said. "Selepas itu Tottenham perlu melepaskannya."

ESPN melaporkan awal minggu Kane sangat berminat menyertai Bayern pada musim panas ketika juara Bundesliga itu menimbang menawarkan bidaan ketiga untuk pemain itu.

Spurs menawarkan kontrak baharu tetapi Kane, 29, enggan melanjutkan kontraknya dengan kelab Liga Perdana itu, menurut sumber.

Hoeness berkata Tottenham tidak akan dapat menolak yuran €80 juta RM474 juta ke €90 juta RM533 juta untuk pemain itu yang hanya berbaki setahun kontrak dengan Tottenham dan Kane mahu beraksi di Liga Juara-Juara.

Tottenham yang menduduki tangga kelapan Liga Perdana musim lalu tidak layak beraksi di Eropah manakala Bayern menjuarai Bundesliga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Julai 2023 @ 11:34 AM