BAYERN masih belum berputus asa untuk mendapatkan Kane. FOTO REUTERS
BAYERN masih belum berputus asa untuk mendapatkan Kane. FOTO REUTERS
Agensi

London: Bayern Munich dijangka mengemukakan bidaan £94 juta (RM549.4 juta) untuk Harry Kane.

Tottenham semalam menolak tawaran terbaru kelab Bundesliga itu sebanyak £86 juta (RM502.6 juta).

Kane, 30, mahu masa depannya ditentukan sebelum perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Tottenham menentang Brentford, Ahad ini.

Kapten England itu kini boleh kekal di Tottenham, walaupun kontraknya akan tamat pada penghujung musim.

Menurut talkSPORT, Bayern akan tidak akan berputus asa, sebaliknya mahu melakukan bidaan kali keempat bagi mendapatkan Kane.

Tawaran mereka seterusnya dijangka bernilai sekitar £94 juta (RM549.4 juta), kurang £6 juta (RM35 juta) daripada permintaan £100 juta (RM584.4 juta) oleh Spurs untuk pemain sensasi itu.

Kane difahamkan tidak terdesak untuk berhijrah dari kelab London Utara itu pada musim panas ini.

Dia menjadi kapten Tottenham dalam ketiga-tiga perlawanan persahabatan pramusim mereka di bawah bimbingan Ange Postecoglou dan menjaringkan empat gol ketika meraih kemenangan 5-1 ke atas Shakhtar Donetsk.

Dia dikagumi oleh bos baharu Spurs itu dan ketika ditanya mengenai kemungkinan Kane akan diturunkan apabila menentang Brentford, Postecoglou berkata: "Sudah pasti saya akan menggunakan Harry.

"Dia seorang penyerang yang hebat, antara yang terbaik di dunia. Cara pasukan bermain akan membantunya."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Ogos 2023 @ 8:53 AM