FORESTIERI (dua kiri) meraikan gol dengan rakan sepasukan di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
FORESTIERI (dua kiri) meraikan gol dengan rakan sepasukan di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Nor Amalina Alias


Kota Bharu: Mimpi ngeri Kelantan FC menjadi 'lauk paling sedap' Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi kenyataan apabila tewas 0-5 dalam saingan Liga Super, malam ini.   

Pelawat terlebih dahulu menjaringkan gol seawal minit kesembilan menerusi import, Fernando Forestieri.   

Minit ke-22, Oscar Arribas menambah derita tuan rumah dengan untuk gol kedua Harimau Selatan.   

Memasuki babak kedua, The Red Warriors (TRW) cuba merapatkan kedudukan menerusi percubaan Mohamad Fazrul Amir Md Zaman namun bola tersasar ke tepi tiang gol.   

Kealpaan benteng tuan rumah dan penjaga gol, Mohamad Johan Shahzidane Tendot Johari Tendot dihukum dengan gol kedua Forestieri yang mudah melorong masuk gol ketiga JDT. 

Anak buah Esteban Solari terus berpesta gol menerusi Bergson Da Silva untuk gol ke empat pelawat minit ke 63.   

Minit  ke-75, TRW cuba bangkit menerusi percubaan Natanael Siringo Ringo namun dinafikan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.  

'Ubi' muda Kelantan terus ketinggalan apabila pemain gantian, Muhammad Akhyar Abdul Rashid menjaringkan gol kelima, menoktahkan kemenangan JDT.   

Keputusan JDT 5- Kelantan 0 kekal hingga tamat perlawanan mengecewakan 2,500 penonton yang hadir ke stadium untuk melihat kebangkitan TRW.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Julai 2023 @ 11:48 PM