MANCHESTER United menggesa Kane menyatakan keinginan untuk berpindah ke Old Trafford. FOTO AFP
MANCHESTER United menggesa Kane menyatakan keinginan untuk berpindah ke Old Trafford. FOTO AFP
Agensi

Manchester: Manchester United yang masih belum membeli pemain baru memberitahu Harry Kane: "Jika kamu mahu berpindah, buka mulut dan jadikan ia kenyataan."

Skuad Red Devils turut kecewa apabila bidaan kedua berjumlah £50 juta (RM296.55 juta) untuk mendapatkan Mason Mount ditolak oleh Chelsea.

Pihak atasan United sudah menarik diri daripada usaha untuk perpindahan mega membabitkan Kane selepas sukar berunding dengan pengerusi Spurs, Daniel Levy.

Tetapi, dalam usaha terakhir untuk menjadikannya kenyataan, mereka mahu penjaring terbanyak sepanjang zaman Tottenham untuk meminta untuk berpindah atau mengeluarkan kenyataan mengenai keinginannya untuk menyertai Old Trafford.

United sebelum ini diberitahu Kane tidak akan dijual, sekali gus menyempitkan ruang untuk berunding.

The Red Devils menilai harga Kane sekitar £80 juta (RM474.49 juta) manakala harga yang diminta adalah £100 juta (RM593.11 juta) untuk pemain yang akan berusia 30 tahun bulan depan dan memiliki baki kontrak setahun itu.

Kane terdesak untuk berpindah ke kelab baru dan United yang dibimbing Erik ten Hag sangat memerlukan penyerang utama - tetapi mereka tidak bersedia untuk rundingan yang mengambil masa panjang.

Musuh setempat mereka, Manchester City turut berdepan situasi sama, dua tahun lalu, apabila mereka menawarkan RM593.11 juta untuk Kane, tetapi Spurs mahukan £150 juta (RM889.66 juta).

City turut mahu Kane mendesak untuk berpindah, tetapi jelas pemain itu tidak berusaha untuk menjadikan perpindahan itu sebagai kenyataan.

United sudah mencari alternatif lain dan kini berunding dengan penyerang berpotensi Atalanta, Rasmus Hojlund.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Jun 2023 @ 10:53 AM