BELLINGHAM berkelana ke Sepanyol selepas beraksi cemerlang di Bundesliga. FOTO AFP
BELLINGHAM berkelana ke Sepanyol selepas beraksi cemerlang di Bundesliga. FOTO AFP
AFP

Berlin: Pemain remaja England, Jude Bellingham akan berpindah dari Borussia Dortmund ke Real Madrid dengan bayaran melebihi €100 juta (RM493 juta), selepas kelab Jerman itu mengumumkan semalam.

Dortmund mengesahkan kedua-dua pasukan mencapai 'persetujuan bersama' mengenai perpindahan pemain berusia 19 tahun itu pada pertengahan tahun ini.

Kelab itu berkata mereka akan menerima bayaran sebanyak €103 juta euro (RM507 juta) sebagai tambahan kepada jumlah berubah-ubah 'sehingga jumlah maksimum sekitar 30 peratus' daripada yuran perpindahan tetap, bergantung kepada bonus pasukan dan pemain.

Salah seorang bakat paling mempunyai masa depan cerah dalam bola sepak dunia, Bellingham menyertai Dortmund dari Birmingham City pada 2020 dengan bayaran €25 juta (RM123 juta)

Dia bermain 132 perlawanan untuk kelab itu, menjaringkan 24 gol dan memenangi Piala Jerman 2021.

Bellingham dinobatkan sebagai pemain terbaik Bundesliga musim ini selepas kempen 2022-23, apabila dia membantu Dortmund merangkul gelaran Bundesliga pertama mereka dalam tempoh lebih sedekad.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Jun 2023 @ 12:22 AM