Sancho (kanan) dan Bellingham pemain muda Inggeris berbakat. FOTO Agensi
Sancho (kanan) dan Bellingham pemain muda Inggeris berbakat. FOTO Agensi
Agensi

JADON Sancho dan Jude Bellingham kedua-duanya berada dalam senarai penjaring gol ketika membantu kemenangan besar 5-0 Borussia Dortmund ke atas Duisburg dalam aksi Piala Pokal-DFB hari ini.

Kedua-dua pemain muda Inggeris berbakat antara yang beraksi di Eropah turut menarik perhatian peminat dan pengurusan bola sepak mengikut agensi berita PA.

Sancho yang menjadi sasaran utama perpindahan pemain buat Manchester United sejak sekian lama tampak akan kekal di Borussia Dortmund untuk semusim lagi.

Dia menjadi antara bintang muda menyerlah beraksi di Eropah dengan aksi cemerlang di Bundesliga selepas sering membantu menghasilkan jaringan dan meledak gol buat pasukannya. Jika kekal di Jerman dia sekali lagi menjadi sandaran Dortmund untuk menyekat dominasi Bayern Munich.

Pemain berusia 17 tahun, Jude Bellingham meletak sasaran untuk mengikuti jejak Sancho selepas menyertai pemain England itu di Signal Iduna Park musim panas ini dari Birmingham.

Bintang dalam pembikinan Bellingham turut dikaitkan dengan Manchester United dan pasti menarik melihat bagaimana dia dapat menyesuaikan diri dengan kelab besar di Eropah ketika masih remaja.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2020 @ 11:19 PM