GUNDOGAN (kiri) meraikan golnya. FOTO Reuters
GUNDOGAN (kiri) meraikan golnya. FOTO Reuters
Agensi

Manchester: Manchester City mendahului empat mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas terselamat daripada ancaman Leeds di hujung perlawanan yang dibimbing pengurus baharu, Sam Allardyce.

Dua gol separuh masa pertama menerusi Ilkay Gundogan memberi kemenangan 2-1 untuk City yang dilihat mendominasi perlawanan sekali gus kemenangan ke-10 berturut-turut pada saingan liga.

Gundogan meraih gol pertama minit ke-19 selepas menerina hantaran cantik Riyad Mahrez sebelum menewaskan penjaga gol Leeds, Joel Robles.

Gol keduanya pada minit ke-27 juga hasil bantuan Mahrez.

City menguasai perlawanan namun masih gagal mendapatkan gol ketiga untuk terus meranapkan impian Leeds.

Leeds merapatkan jurang pada minit ke-85 menerusi jaringan pemain gantian, Rodrigo namun mereka gagal mencari gol penyamaan sekali gus tidak dapat menafikan kemenangan City.

Kemenangan itu pastinya memberi suntikan semangat kepada anak buah Pep Guardiola yang akan berdepan Real Madrid pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mei 2023 @ 12:26 AM