TAYLOR dan keluarganya diserang di lapangan terbang Budapest. -FOTO Twitter
TAYLOR dan keluarganya diserang di lapangan terbang Budapest. -FOTO Twitter
Agensi

Budapest: Badan yang bertanggungjawab terhadap pengadil pengadil PGMOL berkata, mereka terkejut dengan penderaan "tidak wajar dan menjijikkan" yang ditujukan kepada Anthony Taylor selepas rakaman video dia diserang peminat yang marah di lapangan terbang Budapest tular.

Taylor dan keluarganya dilihat cuba mengelak orang ramai yang menjerit kepadanya ketika dia dalam perjalanan pulang selepas mengadili perlawanan akhir Liga Europa malam antara Roma dan Sevilla di ibu negara Hungary itu.

Pegawai Liga Perdana Inggeris itu dikritik pengendali Roma, Jose Mourinho semasa sidang media selepas perlawanan akhir Liga Europa yang menyaksikan pasukan Itali itu tewas menerusi sepakan penalti kepada Sevilla.

Dan dalam rakaman video yang kemudiannya tular di media sosial, menyaksikan bekas pengurus Chelsea dan Manchester United itu dilihat memberi isyarat kepada Taylor dan pegawai di tempat letak kereta stadium dan terdengar berkata "memalukan".

Susulan insiden di lapangan terbang itu, Pegawai Perlawanan Permainan Profesional Limited (PGMOL) berkata dalam satu kenyataan: "PGMOL menyedari video yang tersebar di media sosial menunjukkan Anthony Taylor dan keluarganya diganggu dan didera di Lapangan Terbang Budapest.

"Kami terkejut dengan kelakuan yang tidak wajar dan keji yang ditujukan kepada Anthony dan keluarganya ketika dia ingin pulang selepas mengadili perlawanan akhir Liga Europa UEFA.

"Kami akan terus memberikan sokongan penuh kami kepada Anthony dan keluarganya."

UEFA sedang menunggu laporan Taylor sebelum memutuskan sama ada akan mengambil tindakan terhadap Mourinho kerana kata-katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2023 @ 9:10 AM