MOURINHO (kiri) berdepan dakwaan daripada Uefa. FOTO Reuters
MOURINHO (kiri) berdepan dakwaan daripada Uefa. FOTO Reuters
AFP

Lausanne: Kesatuan Bolasepak Eropah (Uefa) memulakan prosiding tatatertib terhadap jurulatih AS Roma, Jose Mourinho kerana menggunakan bahasa menghina dan kesat terhadap pengadil perlawanan akhir Liga Europa ketika mereka menentang Sevilla.

Mourinho dirakam berulang kali menggelar pengadil England, Anthony Taylor sebagai 'memalukan' di tempat letak kereta stadium di Budapest selepas perlawanan akhir, di mana Roma tewas dalam penentuan sepakan penalti.

Roma juga akan didakwa selepas penyokong mereka membaling objek dan menyalakan bunga api dan menyebabkan gangguan terhadap orang ramai.

Sevilla didakwa dengan pelanggaran yang sama.

Taylor melayangkan kad kuning kepada 13 pemain, tujuh daripadanya pemain Roma, manakala permainan yang tidak menyenangkan itu dipenuhi dengan kelewatan kerana jumlah kesalahan yang tinggi

Pengadil England itu kemudian menjadi sasaran penyokong Roma yang marah di Lapangan Terbang Budapest.

Badan pengadil PGMOL berkata: "Kami terkejut dengan penderaan yang tidak wajar dan keji yang ditujukan kepada Anthony dan keluarganya ketika dia cuba pulang daripada mengadili perlawanan akhir Liga Europa UEFA."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2023 @ 11:00 PM