RASHFORD kembali ke sekolah bangga menyarung jaket United.
RASHFORD kembali ke sekolah bangga menyarung jaket United.
Agensi

Mesin gol remaja Marcus Rashford kembali ‘berpijak di bumi nyata’ kelmarin apabila menjejakkan kaki ke sekolah beberapa jam selepas menjaringkan dua gol di depan 75,000 peminat di Old Trafford.

Namun pemain muda berusia 18 tahun itu tidak dapat mengelak daripada meletakan Red Devils dekat di hatinya apabila tiba di kelas sambil menyarung jaket latihan Manchester United.

Rashford yang tampil sebagai pemain termuda menjaringkan gol dalam kejohanan bola sepak Eropah apabila meledak dua gol ke atas FC Midtjylland pada aksi Liga Europa awal pagi Jumaat lalu kembali menyambung pelajarannya dengan memandu Audi A3 kelabu.

Penyerang itu kelihatan agak malu sebaik kembali ke kelas pada Isnin.

Dia kemudiannya menghabiskan waktu pagi di kelas dengan rakannya di Sekolah Ashton-on-Mersey, Sale, Greater Manchester yang mempunyai 1,476 pelajar.

Ditanya mengenai empat hari terhebat sebagai pemain skuad utama, pemain remaja itu meluahkan penuh semangat: “Saya bagaikan berada di bulan.”

Pemain remaja yang mencetuskan kegemparan di Liga Perana Inggeris selepas aksi perdananya menentang Arsenal bagaimanapun enggan mengulas mengenai pengajiannya.

Namun difahamkan dia sudah pum memiliki sembilan gred GCSE A-C dan dipercayai bakal mengikuti A-level pada musim panas.

Sumber terdekat pemain itu menyatakan: “Marcus menyedari pendidikan amat penting.

“Dia mungkin boleh menjaringkan 10 gol ke atas Arsenal dan itu tidak menghalangnya daripada kembali ke sekolah dan bekerja keras.

“Pada masa sama minggu lalu, dia tidak bermain untuk pasukan utama dan tujuh hari kemudian dia sudah menjaringkan empat gol. Tidak hairanlah jika Old Trafford turut dikenali sebagai Theater of Dreams.

“Marcus hanya menyertai pasukan itu Khamis lalu kerana Anthony Martial pada saat kecederaan akhir. Dia tidak menjangkakan semua itu.

“Namun tidak kisahlah betapa tenangnya anda, pastinya pelik apabila menjadi pemain terbaik ketika menentang Arsenal dan kemudiannya pulang ke sekolah pada pagi Isnin.”

Rashford mendapat tajaan United di sekolah itu yang pernah disertai Darren Fletcher, Danny Welbeck dan Jonny Evans.

Rashford bukanlah pemain remaja pertama yang mencetuskan impak segera di Old Trafford mengikut jejak Welbeck yang menjaringkan gol pada penampilan pertama Liga Perdana Inggeris bersama United pada 2008.

Beberapa peminat United pastinya melupakan penampilan sulung pemain remaja Itali Federico Macheda yang menjaringkan gol saat akhir menentang Aston Villa pada 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mac 2016 @ 11:21 AM