KANTE (kanan) tetap mempamerkan permainan seperti biasa walaupun beraksi di Liga Arab Saudi. FOTO AFP
KANTE (kanan) tetap mempamerkan permainan seperti biasa walaupun beraksi di Liga Arab Saudi. FOTO AFP
Reuters

Duesseldorf: Semua terkejut ketika Perancis menyenaraikan semula N'Golo Kante selepas dua tahun tidak bermain untuk negaranya, tetapi jurulatih Didier Deschamps tahu apa yang beliau lakukan.

Kante kelihatan seolah-olah dia tidak pernah meninggalkan skuad Perancis terlalu lama dalam kemenangan 1-0 mereka ke atas Austria pagi tadi.

Sebelum dipanggil semula, perlawanan terakhir Kante untuk negaranya adalah pada Jun 2022 kerana dia tidak menyertai Piala Dunia akibat kecederaan hamstring.

Berhijrah ke Liga Pro Arab Saudi seperti mengakhiri kerjaya antarabangsanya tetapi pada usia 33 tahun, dia masih hebat dalam pertembungan Kumpulan D dengan menunjukkan bahawa bermain di peringkat kelab yang lebih rendah tidak bermakna ada penurunan standard permainan.

"Persembahannya? Anda melihatnya sendiri," kata Deschamps.

"Kami yakin untuk memanggilnya semula. Dia bijak - dari segi teknikal, dia memiliki kemampuan untuk membaca bola dan mengatur dirinya. Dia sangat cemerlang malam ini dan kami memerlukannya."

Menjelang perlawanan, rakan sepasukan Marcus Thuram berkata mengenai Kante yang kembali: "Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini, ia sangat luar biasa. Kami tidak boleh lagi bermain, kami tidak boleh lagi berlatih. Begitu pun kami mempunyainya dalam pasukan, kami tahu bahawa kami sudah menang.

Seperti biasa, Kante tetap bersikap sederhana selepas dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan dan apabila Kylian Mbappe cedera hidungnya menjelang hujung perlawanan, dia mengambil alih tugas kapten untuk kali pertama.

"Saya tidak mengharapkannya, ini adalah suatu penghormatan," katanya.

"Saya agak cemas pada permulaan perlawanan tetapi saya menikmati perasaan itu lagi. Kami ingin menjadikan ia sukar untuk Austria dan saya rasa ia berjalan dengan baik."

Kante berkata dia tidak pernah merasa prestasinya akan menurun dengan bermain di liga Saudi.

.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 8:29 AM