DE BRUYNE meledak gol penyamaan City. FOTO AFP
DE BRUYNE meledak gol penyamaan City. FOTO AFP
AFP

Madrid: Jaringan Kevin De Bruyne memberikan bekalan sempurna buat Manchester City untuk perlawanan timbal balik di Etihad Rabu depan selepas berjaya mengikat Real Madrid dengan keputusan seri 1-1 pada aksi sengit separuh akhir pertama Liga Juara-Juara.

Pemain antarabangsa Belgium ini meledak buat pasukan kendalian Pep Guardiola bagi menyamakan kedudukan selepas Vinicius Junior membuka jaringan buat juara bertahan itu dari luar kotak penalti.

Bagaimanapun Madrid berjaya mengekang penyerang berbahaya City, Erling Haaland dari terus meledak.

Pertahanan tengah Madrid, David Alaba dan Antonio Rudiger tidak memberikan peluang Haaland bernafas.

"Kami perlu melihat sama ada kami boleh menyerang (dengan lebih baik), Alaba dan Rudiger sangat rapat dengan Erling," kata Guardiola.

"Bukan mudah mencari ruang. Kami aku cuba menyesuaikannya pada perlawanan kedua supaya lebih lancar dan bermain dengan rentak lebih baik."

Pemenang dengan rekod 14 kali itu menyingkirkan City pada peringkat sama musim lalu walaupun tidak beraksi dengan baik dalam kedua-dua perlawanan dan mendahului di Santiago Bernabeu walaupun tidak menguasai permainan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mei 2023 @ 7:26 AM