ANCELOTTI mempunyai barisan terbaik untuk diturunkan menentang City. -FOTO AFP
ANCELOTTI mempunyai barisan terbaik untuk diturunkan menentang City. -FOTO AFP
AFP

Manchester: Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti percaya pertembungan awal pagi nanti akan menyajikan persaingan sengit antara dua pasukan terbaik Eropaj dalam pemburuan tempat ke final Liga Juara-Juara apabila gergasi Sepanyol itu berkunjung ke Manchester City.

Perlawanan separuh akhir kini berkedudukan dengan agregat 1-1 selepas perlawanan separuh akhir pertama di Madrid minggu lalu dalam usaha City membalas dendam atas kekalahan pada peringkat yang sama musim lalu kepada anak buah Ancelotti.

"Madrid dan City pada masa ini adalah pasukan terbaik di Eropah dan pastinya ia akan menjadi perlawanan yang menarik, seperti pada perlawanan pertama," kata Ancelotti.

Manakala City tidak tewas dalam 22 perlawanan ketika mereka menghampiri potensi merangkul tiga kejuaraan Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala FA.

Tetapi juara Inggeris itu masih menunggu mahkota Liga Juara-Juara pertama mereka di bawah Pep Guardiola ke pentas Eropah yang masih belum dicapai oleh pengendali itu.

Sebaliknya, rekod lebih memihak kepada Madrid yang bergelar Liga Juara-Juara sebanyak 14 kali itu dan menakluki Eropah lima kali sepanjang sembilan musim terakhir.

"Kami bermain banyak perlawanan, separuh akhir, akhir," kata pemain tengah Madrid, Luka Modric.

"Kami mempunyai keyakinan dan ketenangan kerana kami percaya pada watak dan kualiti yang kami miliki dan itulah yang saya lihat hari demi hari."

Ancelotti mempunyai skuad yang terbaik untuk dipilih selepas Eduardo Camavinga pulih daripada kecederaan yang dialaminya ketika menentang Getafe Sabtu lalu.

Pengendali Itali itu membayangkan untuk menurunkan Antonio Rudiger selepas berjaya menyekat penyerang City Erling Haaland yang sudahpun meledak 52 gol pada perlawanan pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mei 2023 @ 8:56 AM