Rodri (kiri), Manchester Kevin De Bruyne (tengah) Grealish (kanan) meraikan kemenangan City selepas wisel penamat dibunyikan. -FOTO AFP
Rodri (kiri), Manchester Kevin De Bruyne (tengah) Grealish (kanan) meraikan kemenangan City selepas wisel penamat dibunyikan. -FOTO AFP
AFP

Istanbul: Pemain Manchester City, Jack Grealish berkata memenangi Liga Juara-Juara adalah kemuncak kerja kerasnya selama bertahun-tahun untuk mencapai kedudukan teratas.

Kemenangan 1-0 City ke atas Inter Milan di Istanbul menyaksikan anak buah Pep Guardiola menjadi pasukan kedua yang memenangi Liga Perdana, Piala FA dan Liga Juara-Juara pada musim yang sama.

"Inilah tujuan anda bekerja sepanjang hidup anda. Saya sangat gembira," kata Grealish yang penuh emosi sambil menangis.

"Saya kelihatan teruk tetapi saya tidak kisah. Untuk memenangi treble bersama pasukan pemain dan kakitangan pasukan ini sangat istimewa.

"Sesiapa sahaja yang mengenali saya tahu betapa saya seorang yang sudah berkeluarga dan betapa saya suka bola sepak dan inilah yang saya lakukan (sepanjang) hidup saya."

Ditandatangani dengan rekod Liga Perdana ketika itu £100 juta (RM579.85 juta) pada 2021, Grealish bergelut pada musim pertamanya di City, tetapi menjadi nadi utama kepada City yang menakluki segala-galanya musim ini.

Dan Grealish memberi penghormatan kepada Guardiola yang menjulang Liga Juara-Juara ketiganya sebagai jurulatih.

"Dia seorang yang genius," tambah Grealish. "Saya ingin mengucapkan terima kasih (kepadanya). Anda menjadikannya realiti dalam hidup saya. Anda meletakkan begitu banyak kepercayaan kepada saya, membeli saya dengan wang yang banyak.

"Malah pada tahun lalu ketika saya bergelut, dia kekal bersama saya dan tahun ini dia memberikan saya peluang itu untuk membuktikannya, jadi saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Jun 2023 @ 8:11 AM