PERTAHANAN Manchester, Kyle Walker. -FOTO Agensi
PERTAHANAN Manchester, Kyle Walker. -FOTO Agensi
Agensi

London: Pemain pertahanan Manchester City, Kyle Walker berkata bermain di bawah Pep Guardiola membantunya memahami bola sepak dengan lebih baik.

Pemain berusia 31 tahun itu menjadi pemain yang sering dipilih membarisi kesebelasan utama di bawah Guardiola sejak bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich mengikatnya dari Tottenham pada 2017.

Walker memuji cara pengendali itu menguruskan pasukan dan kerjayanya.

"Dialah yang membuatkan saya lebih memahami bola sepak," katanya.

"Adakah saya pernah terfikir boleh bermain di bahagian belakang tiga, empat tahun lalu?

"Sudah tentu tidak. Saya fikir pemahaman saya terhadap bola, pengetahuan mengenai perlawanan - yang mana tekanan itu datang, belajar untuk ke tengah, imbangi pemain, datang untuk dapatkan bola di kedudukan yang betul. Banyak perkara kecil yang anda tidak sedarinya."

Walker berkata banyak perkara yang dia pelajari seperti rakan pasukan, perbezaan antara Guardiola dan pengendali England Gareth Southgate dan berapa lama dia berharap dapat terus bermain bola sepak.

Ketika bersama Manchester City, Walker memenangi tiga gelaran Liga Perdana, empat Piala Liga dan sekali Piala FA.

Dia hampir menambah koleksi Liga Juara-Juara dan kejayaan di peringkat antarabangsa tahun ini namun City tewas kepada Chelsea dalam final Liga Juara-Juara pada Mei sebelum England tewas kepada Itali dalam penentuan penalti di Euro 2020 akhir.

"Saya berdepan enam minggu yang sukar.

"Saya tewas di Liga Juara-Juara, ia satu yang sukar untuk ditelan dan mungkin salah satu detik yang paling teruk, pastinya dalam karier saya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 November 2021 @ 10:40 AM