KETAJAMAN sentuhan penyudah Sherman ditagih apabila berdepan Kelantan FC di Kuantan, malam esok. FOTO SRI PAHANG FC
KETAJAMAN sentuhan penyudah Sherman ditagih apabila berdepan Kelantan FC di Kuantan, malam esok. FOTO SRI PAHANG FC
Asrol Awang


Kuantan: Sri Pahang FC tidak mahu melepaskan tiga mata apabila melayan kunjungan Kelantan FC pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Kejayaan mengutip satu mata ketika seri 1-1 berdepan Negeri Sembilan FC (NSFC) Ahad lalu, diyakini mampu merangsang untuk melakar kemenangan pertama di halaman sendiri.

Justeru, ketua jurulatih skuad Tok Gajah, Fandi Ahmad mahu anak buahnya beraksi lebih positif bagi misi mengutip tiga mata.

"Pada perlawanan pertama berdepan Negeri Sembilan, kami kita menyerlah terutama pada separuh masa pertama.

"Namun, pemain bangkit pada babak kedua dan memastikan satu mata dibawa pulang.

"Tapi, pada perlawanan kedua, Sri Pahang tidak boleh melepaskan tiga mata dalam usaha meletakkan kedudukan terbaik dalam Liga Super," katanya.

Namun, Sri Pahang tidak boleh memandang mudah Kelantan kerana lawannya itu sudah pasti mahu bangkit selepas tewas pada perlawanan pertama.

Pada masa sama, jentera serangan skuad Tok Gajah tidak begitu menjadi ketika Kpah Sherman masih tercari-cari rentak permainan bersama rakan sepasukan.

Ia susulan kecederaan dialami penyerang import Brazil, Lucas Silva yang turut memberi kesan terhadap persembahan Sri Pahang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mac 2023 @ 8:53 PM