JASAD Atsu dibawa pulang ke Ghana. -FOTO AFP
JASAD Atsu dibawa pulang ke Ghana. -FOTO AFP
AFP

Hatay, Turkiye: Mayat bekas pemain antarabangsa Ghana, Christian Atsu ditemui semalam di bawah runtuhan rumahnya, hampir dua minggu selepas gempa bumi dahsyat melanda Turkiye.

Atsu, 31, terperangkap dalam gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang menggegarkan Turki dan Syria pada 6 Februari, mengorbankan lebih 43,000 orang di kedua-dua negara.

Terdapat laporan sebelum ini mengatakan bekas pemain Chelsea dan Newcastle itu diselamatkan sehari selepas gempa bumi, tetapi ia ternyata palsu.

Pengurusnya, Murat Uzunmehmet, memaklumkan bahawa mayatnya ditemui di bawah runtuhan pangsapuri mewah yang runtuh di wilayah Hatay, selatan Turki.

"Kami sudah menemui jasadnya yang tidak bernyawa. Barang-barangnya turut ditemui termasuk telefonnya," kata Uzunmehmet kepada DHA.

"Dengan berat hati saya perlu mengumumkan kepada semua orang bahawa mayat Christian Atsu ditemui pagi ini," ejen Ghananya Nana Sechere tweet.

Kementerian hal ehwal luar Ghana berkata ia telah "menerima berita sedih itu."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Februari 2023 @ 10:58 AM