ATSU hilang bersama pengarah sukan kelab, Taner Savut.
ATSU hilang bersama pengarah sukan kelab, Taner Savut.
Agensi

Paris: Nasib bekas pemain Newcastle, Christian Atsu masih belum diketahui walaupun laporan awal menyatakan dia berjaya ditemui dan dibawa keluar daripada runtuhan bangunan du Turkiye.

Kelmarin, kelabnya Hatayspor dan Persatuab Bolasepak Ghana mendakwa pemain berusia 31 tahun itu ditemui selamat tetapi mengalami kecederaan dalam tragedi yang mengorbankan 11,000 nyawa.

Bagaimanapun, Atsu dan pengarah sukan kelab Taner Savut masih belum ditemui, menurut pengurus Hatayspor, Volkan Demirel dan doktor kelab, Gurbey Kahveci.

"Belum ada berita mengenai Atsu dan Taner Savut. Tak mungkin saya tidak beritahu anda jika dia di hospital. Saya pasti akan berkongsi dengan anda sebaik dapat berita mengenai Atsu," kata Demirel kepada Spor Arena.

"Penyelamat bekerja siang dan malam. Saya harap kedua-duanya selamat. Seluruh pasukan berlindung bersama keluarga mereka. Saya akan berkongsi apa sahaja sebaik mendapat maklumat."

Menurut Kahveci lagi: "Apabila mendengar berita dia dibawa ke Hospital Dortyo, kami segera ke sana mencarinya tetapi dia tiada di sana. Ketika ini kami terima hakikat Savut Taner dan Christian Atsu tidak ditemui."

Ejen Atsu, Nana Sechere berkata laporan tidak tepat menjejaskan misi menyelamatkan pemain itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2023 @ 12:48 PM