ATSU ketika beraksi bersama Newcastle pada 2019.
ATSU ketika beraksi bersama Newcastle pada 2019.
Reuters

Accra: Pemain sayap antarabangsa Ghana, Christian Atsu ditemui selamat dalam runtuhan bangunan yang ranap akibat gempa bumi melanda Turkey, menurut naib presiden kelab pemain itu, Hatayspor kepada media sebentar tadi.

Atsu yang beraksi dengan Hatayspor dilaporkan hilang di wilayah Hatay susulan gempa bumi bermagnitud 7.8 yang meruntuhkan ribuan bangunan di beberapa bandar di Turki dan Syria semalam.

"Christian Atsu dibawa keluar dengan selamat namun mengalami kecederaan. Malangnya, pengarah sukan kami Taner Savut, masih di bawah runtuhan," kata naib presiden, Mustafa Ozat kepada Radyo Gol.

Atsu, 31, bermain di Liga Perdana bersama Newcastle United serta Everton, dipinjamkan daripada Chelsea dan menyertai Hatayspor pada September.

Dia kali terakhir beraksi untuk Ghana pada 2019 tetapi belum bersara secara rasmi daripada bola sepak antarabangsa.

Ozat berkata kepada BeIN Sports semalam beberapa pemain dan pegawai berjaya dikeluarkan daripada runtuhan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2023 @ 6:50 PM