Pemain Newcastle Callum Wilson membuat percubaan ke gawang gol Liverpool. FOTO AFP
Pemain Newcastle Callum Wilson membuat percubaan ke gawang gol Liverpool. FOTO AFP
AFP

London: Liverpool kembali memburu kedudukan empat teratas selepas menamatkan 17 aksi tanpa kalah Newcastle dengan kemenangan 2-0 di St James' Park.

Darwin Nunez meledak buat Liverpool dari dalam kotak penalti selepas 10 minit dan Cody Gakpo menggandakan kelebihan mereka hasil gol jarak dekat.

Penjaga gol Newcastle, Nick Pope dibuang padang pada minit ke-22 kerana memegang bola di luar kawasannya.

Skuad kendalian Jurgen Klopp kini di kedudukan kelapan – adalah pasukan terakhir menewaskan Newcastle dalam liga pada Ogos – kini enam mata di belakang Magpies berbaki satu perlawanan dalam tangan.

"Kedua-dua gol adalah menakjubkan. Apabila kami tidak berada di tahap terbaik, anda perlu bertarung dan itulah yang kami lakukan. Adalah sesuatu yang hebat untuk menjadi jujur," kata Klopp.

"Adalah terlalu awal untuk mengatakan bahawa kami sudah kembali berada di sana, tetapi kami mengambil selangkah lagi ke depan."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Februari 2023 @ 9:51 AM