Gakpo berjaya memberikan persembahan cemerlang buat Liverpool. FOTO Reuters
Gakpo berjaya memberikan persembahan cemerlang buat Liverpool. FOTO Reuters
AFP

Liverpool: Liverpool menjaringkan empat gol dalam masa 14 minit ketika membelasah Sparta Prague 6-1 untuk mara ke suku akhir Liga Europa ketika pendahulu Bundesliga, Bayer Leverkusen memerlukan dua gol pada masa kecederaan untuk menyingkirkan Qarabag.

AC Milan, Marseille, Roma dan West Ham adalah antara pasukan lain yang turut menempah tempat ke suku akhir.

Walaupun mendahului 5-1 pada perlawanan pertama, Jurgen Klopp membariskan pasukan terkuat dan mendapat ganjaran yang baik ketika The Reds kekal di landasan untuk merebut empat trofi.

Darwin Nunez dan Bobby Clark yang berusia 19 tahun membawa anak buah Klopp ke permulaan yang cemerlang sebelum Mohamed Salah membuat penampilan pertamanya sejak 1 Januari dengan jaringan ke-20 untuk musim ini

Cody Gakpo melepaskan rembatan untuk jaringan keempat untuk membolehkan Liverpool berasa lega seketika sebelum perlawanan Ahad ini berde[am Manchester United dalam aksi Piala FA.

Veljko Birmancevic membalas satu gol untuk Sparta, tetapi Dominik Szoboszlai dan Gakpo melengkapkan kekalahan pada separuh masa kedua.

"Ia adalah kemenangan yang menakjubkan - dan 15 minit pertama yang menakjubkan," kata Gakpo selepas kemenangan agregat 11-2.

"Itulah yang kami fikirkan. Ia menunjukkan keyakinan dalam pasukan pada masa ini."

Bos Leverkusen, Xabi Alonso banyak kali dikaitkan sebagai pengganti Klopp di Anfield, dan pasukannya kekal tidak tewas dalam semua pertandingan musim ini hasil dua kali masa kecederaan Patrik Schick untuk menewaskan Qarabag 3-2 dan agregat 5-4.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2024 @ 8:43 AM