SHERMAN meledak 72 gol sejak beraksi di Liga M pada 2017. FOTO Sri Pahang FC
SHERMAN meledak 72 gol sejak beraksi di Liga M pada 2017. FOTO Sri Pahang FC
Asrol Awang


Kuantan: Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) mengumumkan Kpah Sherman sebagai pemain import kelima skuad itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Menerusi hantaran di Facebook (FB) rasmi SPFC hari ini, Sherman yang juga pemenang kasut emas Liga Super 2019 akan menjadi taruhan terbaik skuad Tok Gajah.

"Sri Pahang berbesar hati memperkenalkan pemenang Kasut Emas Liga Super 2019, Sherman sebagai wajah baru di barisan serangan.

"Sejak beraksi di Liga Malaysia bermula 2017, penyerang dari Liberia ini membuktikan dirinya antara penyerang berkualiti 'kaki gol' dengan meledak keseluruhan 72 gol bersama MIFA, PKNS, Kedah dan Terengganu.

"Selamat datang Kpah ke Darul Makmur, semoga terus bernafsu memburu jaringan," katanya.

Selain Sherman, empat pemain import yang sudah mengesahkan menyarung jersi Sri Pahang musim ini ialah Stefano Brundo dari Argentina, Lucas Silva (Brazil), Michael Glassock (Australia) dan Kevin Ingreso (Filipina).

Dengan pengalaman dimiliki Sherman, ketua jurulatih, Fandi Ahmad mempunyai jentera serangan yang padu musim ini.

Ini kerana Silva yang menyarung jersi Penang FC musim lalu turut memiliki `aura' apabila bergandingan bersama Sherman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2023 @ 8:37 PM