Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Walaupun sudah mengunjungi puluhan stadium di seluruh dunia, penyokong tegar Thailand menamakan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) antara lokasi perlawanan bola sepak paling selamat kepada penyokong.

Vichianwattanachai berkata, dia sering mengikuti pasukan kebangsaan Thailand beraksi di lebih 20 negara bagi memberi sokongan dan antara yang wajib dikunjungi adalah SNBJ.

"Saya sudah banyak kali hadir di sini (SNBJ) menyaksikan perlawanan dan sepanjang pengalaman, saya boleh katakan ia adalah tempat yang selamat untuk penonton menerusi kawalan keselamatan ketat.

"Selain itu, penyokong Malaysia khususnya Ultras Malaya sangat peramah dan sentiasa menghormati antara satu sama lain," katanya yang turut mengenali watak penting Ultras Malaya, Lekir atau nama penuhnya Mohd Ridzuan Ahmad.

PENGUSAHA motosikal tambang warga Thailand menunggu pelanggannya di hadapan pintu masuk Kompleks ICQS Rantau Panjang. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
PENGUSAHA motosikal tambang warga Thailand menunggu pelanggannya di hadapan pintu masuk Kompleks ICQS Rantau Panjang. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Vichianwattanachai yang tiba dari Bangkok, Thailand, semalam turut mengalu-alukan ketibaan penyokong Harimau Malaya di negara mereka untuk separuh akhir kedua di Stadium Thammasat pada Selasa ini.

"Kita semua bersaudara dan sudah tentu penyokong Malaysia dialu-alukan untuk perlawanan kedua nanti.

"Saya meramalkan perlawanan Harimau Malaya dengan Thailand malam ini berkesudahan seri 1-1.

"Malaysia sebuah pasukan yang baik dan mereka memiliki pemain sayap lincah. Namun, untuk Thailand jika dapat menjaringkan satu gol malam ini adalah sesuatu yang positif," katanya.

ULTRAS Malaya dapat sanjungan Fifa.
ULTRAS Malaya dapat sanjungan Fifa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2023 @ 7:25 PM