FAIZAL bakal beraksi di sayap kanan. -FOTO KDA FC
FAIZAL bakal beraksi di sayap kanan. -FOTO KDA FC
Oleh Izzali Ismail


Alor Setar: Pemain sayap kanan Faizal Talib kini membuka lembaran baharu karier bola sepaknya apabila sah diumumkan menyarung jersi Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk musim 2023.

Pengumuman itu dibuat media rasmi KDA FC semalam dengan bekas pemain Melaka United (MU) itu menandatangani kontrak selama setahun bersama KDA FC dan bakal memperkuatkan lagi jentera tengah serangan skuad Sang Kenari.

"Selamat datang ke keluarga Sang Kenari, Faizal menandatangani kontrak selama setahun dan kehadiran beliau akan mengisi di bahagian sayap."

Sementara itu Faizal berkata, dia mahu menggunakan peluang itu sebaiknya bagi membantu Sang Kenari

"Mengisi barisan kesebelasan utama kini menjadi cabaran terdekat saya bagi membuktikan kemampuan bersama skuad baharu yang sedang dibentuk Nafuzi.

"Hasrat saya datang ke Kedah adalah kerana mahu menjadi seorang pemain yang bagus dan boleh membuktikan kepada jurulatih bahawa saya mampu duduk dalam kesebelasan utama nanti. Insya-Allah.

"Perasaan saya amat bangga sebab pasukan yang digeruni di Liga Malaysia ini menjemput saya bermain di sini dan saya mahu berterima kasih terutamanya jurulatih yang memberi peluang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Disember 2022 @ 2:33 PM