Bekas pemain Argentina, Sergio Aguero menjalani latihan bersama pasukan negaranya. FOTO AFP
Bekas pemain Argentina, Sergio Aguero menjalani latihan bersama pasukan negaranya. FOTO AFP
Agensi

Doha: Sergio Aguero meledak jaringan dan menafikan satu sepakan penalti apabila dia mengambil bahagian dalam latihan skuad Argentina menjelang aksi final Piala Dunia menentang Perancis pada Ahad.

Adalah bagus untuk melihat bekas pemain Manchester City dan Barcelona itu kembali beraksi di padang.

Penyerang berusia 34 tahun itu mengumumkan persaraannya daripada bola sepak profesional tahun lalu selepas dikesan menghidap masalah jantung.

Sebulan kemudian dan Aguero dijangka menyertai staf kejurulatihan Argentina untuk saingan Piala Dunia tetapi dia belum membuat keputusan untuk membantu melatih pasukan.

"Jemputan untuk menjadi sebahagian staf Argentina berada di meja. Saya bercakap dengan Chiqui [Tapia, Presiden Persatuan Bola Sepak Argentina] dan saya menjelaskan kepadanya mengenai impian saya untuk bergembira mengisi masa lapang saya," kata Aguero.

"Saya akan ke Qatar tetapi sebagai penyokong."

Semuanya tidak berjalan lancar di Qatar untuk Aguero, yang terperangkap di dalam pesawat yang penuh dengan peminat Brazil sebelum mendarat di Timur Tengah minggu lalu untuk menyokong bekas rakan sepasukannya.

Dia kemudiannya dihalang daripada memasuki perkarangan stadium selepas diberitahu bahawa kad akreditasi yang betul tidak dapat diatur dalam masa pantas.

Aguero, yang mengkritik persatuan bola sepak negaranya [AFA] selepas masalah itu dijemput untuk berlatih bersama pasukan kebangsaan negaranya di Qatar.

Selepas menjalani senaman ringan, dia kemudiannya mengambil bahagian dalam beberapa percubaan melakukan rembatan di Universiti Qatar.

Dia kemudian berada di kawasan gawang gol sebelum menafikan penalti daripada salah seorang pemain Argentina.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Disember 2022 @ 1:24 AM