PEMAIN Liverpool meraikan kemenangan di Tottenham Hotspur pada aksi EPL, Ahad lalu. FOTO EPA
PEMAIN Liverpool meraikan kemenangan di Tottenham Hotspur pada aksi EPL, Ahad lalu. FOTO EPA
AFP

London: Pemilik Liverpool, Fenway Sports Group (FSG) berkata, mereka sedia menimbangkan pemegang saham baharu pada ketika terdapat laporan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mahu dijual.

The Athletic melaporkan, FSG yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) menunggu tawaran untuk juara Inggeris sebanyak 19 kali itu.

FSG yang membeli Liverpool pada 2010 dilaporkan meminta bank pelaburan Goldman Sachs dan Morgan Stanley untuk membantu proses penilaian.

ESPN berkata, FSG sedia menjual 'saham mengawal' di dalam kelab itu dengan maklumat lengkap memorandum mengenai kemungkinan penjualan dilaporkan sudah dihantar kepada pelabur berpotensi, bulan lalu.

FSG yang berpangkalan di Boston mengesahkan sedia menerima pemegang saham baharu, tetapi menafikan the Reds kini berada di pasaran.

"Berlaku beberapa perubahan pemilikan dan khabar angin mengenai pertukaran pemilik kelab EOL," kata FSG dalam kenyataan, semalam.

"Kami turut ditanya beberapa kali mengenai pemilikan Fenway Sports Group di Liverpool.

"FSG kerap menerima kenyataan dan minat daripada pihak ketiga untuk menjadi pemilik saham di Liverpool dan sedia menimbang jika ia pelaburan terbaik untuk Liverpool sebagai kelab."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 November 2022 @ 2:29 PM