PEMAIN JDT menjulang TMJ selepas tamat perlawanan.
PEMAIN JDT menjulang TMJ selepas tamat perlawanan.
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) Hector Bidoglio mengucapkan terima kasih kepada pemilik skuad Harimau Selatan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan semua penyokong pasukan terbabit atas kejayaan menjulang Piala FA 2022.

Katanya, kejayaan menewaskan Terengganu FC (TFC) adalah 'berkat' sokongan daripada Tunku Ismail dan penyokong yang sentiasa bersama pasukan.

"Terima kasih kepada bos (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) dan semua orang di Johor Darul Ta'zim (JDT)," katanya dalam sidang media selepas perlawanan final Piala FA, sebentar tadi.

Selain itu , beliau gembira dengan persembahan anak buahnya yang jelas menjadi faktor penting pasukan itu menjulang Piala FA.

"Terima kasih atas kepercayaan kepada saya untuk membimbing pasukan ini. Saya gembira dengan cara pemain memberi cabaran kepada pemain lawan. Bagaimana kami mengekalkan penguasaan bola dan saya bangga dengan pemain? Aksi fantastik ditunjukkan pemain pada malam ini." JDT menjulang Piala FA buat kali kedua selepas menewaskan TFC dengan keputusan 3-1 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Kemenangan JDT itu turut menyaksikan hasrat TFC untuk menamatkan penantian 11 tahun tidak kesampaian selepas kali terakhir skuad Penyu menjuarai Piala FA pada 2011.

Arif Aiman Hanapi meledak gol pembukaan buat JDT dengan dua gol lagi disumbangkan Bergson da Silva sementara gol tunggal TFC dijaringkan Tchetche Kipre.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 September 2022 @ 12:14 AM